CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

~juz engaged~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

rindu kamu : sayang kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kalau uoolls rase lagu ni BINGIT..sila klik PAUSE ok :)~

Monday, June 13, 2011

15 mitos diet ??




hey guys!! EN3 kali ni I nak share ngn uollss pasal 15 mitos diet n cara aku berdiet ß kononnya..hahahaha
k guys enjoy! Sama-samalah kita GIGIH berdiet!

 


MITOS 1 = COKLAT MENGGEMUKKAN?

FAKTA = BERGANTUNG PADA JUMLAH YG KORG AMBIK

  • Kalau anda makan coklat dlm jumlah yg sedikit, ia dapat memberi tenaga disamping menenangkan.
  • Coklat tak mengandungi lemak yg tinggi terutamanya coklat hitam yg mengandungi gula rendah dan kaya antioksidan.
  • Masalah akan timbul sekiranya anda makan coklat secara berlebihan ditemani kekacang.
DIET & AKU = COKLAT NI SEDAP…TP KALAU MAKAN BANYAK MEMANG MUAK..SO AKU MAKAN TUK RASA JEK. XDELA KEMARUK SANGAT KAT COKLAT NIH

RESULT = BEBAS DARI KEGEMUKAN AKIBAT COKLAT




MITOS 2 = MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

FAKTA = BETUL

  • Badan kita memerlukan air yg cukup. Air putih adalah pilihan terbaik dan apabila anda melakukan aktiviti fizikal sebaiknya minum lebih drpd 8 gelas air.
DIET & AKU = XLARAT NAK MINUM BANYAK AYOR SEBAB XLARAT NAK G TOILET..HEHE =)

RESULT = KURANG AYOR DLM BADAN + JARANG MEMBUANG YG BESAR-BESAR..HAHA SUNGGUH TIDAK SIHAT!BANYAK TOKSIN DLM BADAN AKU NIH






MITOS 3 = KAFEIN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN

FAKTA = BETUL ß JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN

  • Menurut Pengarah BITE NUTRITION, TANYA WIGG kafein yg terdapat didalam kopi atau teh memberi manfaat kepada tubuh dan jiwa.
  • Masalahnya, jika anda terlalu ketagih kafein dan mengambil dalam jumlah yg banyak, ia memperlahankan fungsi jantung.
DIET & AKU = AKU JARANG AMBIK KOPI / TEH / NESCAFE…SEDAP GAK NES 3 IN 1 KAN?SAT-SAT NK G WAT SECAWAN..HEHE =)

RESULT = PENGAMBILAN KAFEIN DLM KEHIDUPAN SEHARIAN AKU AGAK TERKAWAL.


 
MITOS 4 = LEMAK DAGING MERAH LEBIH TINGGI DRPD AYAM

FAKTA = BETUL

  • Hanya drpd lemaknya sahaja. Namun anda patut elakkan bahagian kulit kerana kandungan lemaknya lebih tinggi.
DIET & AKU = WEHH KULIT AYAM LA SEDAPP!! RUGI KALAU BUANG OOOO!!

RESULT = SANGAT TIDAK BERJAYA..BER+ LA LEMAK AKU =)



MITOS 5 = TELUR TAK BAIK UNTUK KESIHATAN

FAKTA = TELUR ADALAH KANDUNGAN PROTEIN YG SEMPURNA

  • Kuning telur mengandungi vitamin A yg tinggi. Bagi anda yg mengalami Masalah kolestrol tinggi, elakkan daripada mengambil kuning telur tetapi masih boleh mengambil putih telur. Ini kerana putih telur mengandungi albumin yg baik untuk ketahanan badan.
DIET & AKU = SELALU JARANG MAKAN TELUR..KEH KEH KEH

RESULT = AKU PN XTAU LA KANDUNGAN KOLE AKU SEKARANG NI TAHAP MANE..SO AKU MAKAN JEK TELUR SELAGI BOLEH TELAN..BERJAYA LA KOT..=)



 
MITOS 6 = PRODUK SUSU BUAT ANDA GEMUK

FAKTA = BUKAN SELALU

  • Tubuh anda tetap memerlukan kalsium yg terdapat banyak dalam produk susu. Walau bagaimanapun, anda harus bijak memilih produk susu yg rendah lemak, rendah gula dan bebas drpd bahan pengawet.
DIET & AKU = DARI KECIK LAGI AKU MEMANG KURANG MINUM SUSU

RESULT = SEMESTINYA BADAN AKU KURANG KALSIUM…TULANG RAPUH NIH…! ANLENE PLEZZZZ~~


 
MITOS 7 = KANDUNGAN NUTRISI JUS BUAH = BUAH SEGAR

FAKTA = YA!! TAPI………

  • Agar nutrisi jus buah benar-benar terjaga, pastikan jus buah diperbuat drpd buah segar tanpa ditambah bahan perisa lain dan perlu diminum segera agar kandungan vitamin tidak berkurangan. Begitu juga dengan buah segar, terus dimakan selepas dikupas dan dipotong
DIET & AKU = NYUMM-NYUMMM SEDAPNYA BUAHHHH..TP…..XRAJIN PULAK NK MEMBELINYA…

RESULT = HAMPIR BERJAYA KALAU AKU RAJIN MEMBELI..!



MITOS 8 = MAKAN SELEPAS 8 MALAM TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN

FAKTA = TIDAK BERGANTUNG PADA WAKTU

  • Menurut ahli nutrisi, lebihan kalori yg dimakan tanpa mengira waktu boleh menghasilkan lemak dalam badan. Jadi sebelum makan kudapan pada jam 10 malam, cuba ingat kembali berapa banyak jumlah kalori yg masuk sejak anda makan pagi tadi.
DIET & AKU = AKU XPERNAH KIRA BERAPA BANYAK KALORI YG AKU AMBIK SETIAP KALI AKU MAKAN. CUMA AKU AKAN PASTIKAN ~SAY NO TO FOOD AFTER 7 PM~

RESULT = BERJAYA LA KOT..



MITOS 9 = KEREPEK KENTANG LEBIH BAIK DRPD BISKUT

FAKTA = MUNGKIN LEBIH ENAK RASANYA

  • Menurut TANYA WIGG, biskut yg dilapisi coklat juga lebih baik drpd kerepek kentang kerana biskut lebih mengenyangkan, banyak serat dan rendah lemak.
DIET & AKU = BISKUT LEBIH SEDAP KOT…KN BANYAK KHASIAT TUH?SO BREAKFAST AKU SELALU NYA BISKUT / ROTI..KAYA SERAT BUKAN?? KAHKAHKAKAH

RESULT = MULAKAN PAGI ANDA DENGAN BISKUT + SECAWAN MILO/NESTUM/NESCAFE 3 IN 1 = ALHAMDULLILAHH KENYANG N SEHAT!



MITOS 10 = DAPAT PROTEIN YG CUKUP DENGAN MAKAN DAGING

FAKTA = PROTEIN BOLEH DIPEROLEHI DRPD PELBAGAI SUMBER

  • Menurut pakar nutrisi, jika anda tidak makan daging, masukkan satu atau dua makanan yg berasaskan sumber protein seperti susu, telur, ikan atau kekacang.
DIET & AKU = YA!!KATAKAN YA PADA TELUR SEBAB AKU JARANG MAKAN DAGING

RESULT = SUNGGUH BERJAYA =)


MITOS 11 = BUAH OREN ADALAH SUMBER VITAMIN C YG TERBAIK

FAKTA = BANYAK SUMBER VITAMIN C YG LAIN SELAIN BUAH OREN

  • Semua buah yg berwarna mempunyai kadar vitamin C yg tinggi dan dapat mengelakkan penyakit. Adanya vitamin C dalam buah-buahan dengan adanya rasa masam. Contoh = jambu merah, strawberi dan blueberry.
DIET & AKU = DAH KATE TADI KAN AKU JARANG BELI BUAH……SO

RESULT = XDE IMPAK BAGI AKU PN…!

MITOS 12 = KADAR GULA JUS BUAH LEBIH RENDAH DRPD SODA

FAKTA = BETUL! ß JIKA JUS BUAH TANPA PEMANIS

  • Jus buah menjadi pilihan yg menyihatkan jika tidak dicampur dengan sirap atau pemanis lain. Berbanding dengan minuman soda yg lebih manis kerana kadar gula sudah ditambah mengikut selera masing-masing.
DIET & AKU = KADANG-KADANG SODA PN SEDAP GAK..TP AKU XAMBIK SELALU LA..

RESULT = MUNGKIN BERJAYA..!


 
MITOS 13 = MAKAN GULA BANYAK BOLEH DIABETES

FAKTA = KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

  • Pengambilan gula cukup tinggi dikalangan kita, ditambah dengan kurangnya aktiviti fizikal langsung tidak akan membantu. Untuk itu, perhatikan pengambilan makanan yg boleh menjurus kepada pembentukan gula dalam badan.
DIET & AKU = SEDANG DALAM USAHA MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA. AISSHH TAWAR PN XSEDAP..TP MENGENANGKAN TAKUT KENE DIABETES…LAYANKAN AJE..

RESULT = INSYALLAH BERJAYA…DALAM PROSES LG NIH..



 

MITOS 14 = MELEWATKAN WAKTU MAKAN ADALAH STRATEGI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

FAKTA = MERBAHAYA!!

  • Diet yg betul adalah kuantiti, variasi makanan dan waktu yg tepat. Melewatkan waktu makan boleh membahayakan kesihatan dan menjurus kepada diet yoyo iaitu berat badan turun secara drastic dan cepat naik. Cara mudah adalah minum segelas air sebelum makan dan mulakan dengan buah-buah atau sayuran untuk mengelakkan anda makan terlalu banyak.
Diet & aku = makan tepat pada waktunya tu aku! tp minum segelas air atau buah-buahan sebelum makan tuh bukan aku..=) yela…kalau dah minum segelas air atau buah kompomla da sendat aka kenyang (org perak kata se'eh)..so lalu ke nk makan nasi lepas tuh??hahahhah bijak-bijak…

result = kurang berjaya la babe!


MITOS 15 = ELAKKAN KARBOHIDRAT BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

FAKTA = TETAP DIPERLUKAN SEBANGAI SUMBER TENAGA UTAMA

  • Jumlah karbohidrat yg dianjurkan dalam sehari ialah 60%-70% dari menu makanan. Jangan diambil secara berlebihan, contohnya makan nasi bersama mee. Selain itu, karbohidrat kompleks seperti roti, gandum, beras merah dan oatmeal juga boleh dijadikan pilihan terbaik.
DIET & AKU = AKU TETAP AMBIL KARBOHIDRAT SEKALI SETIAP HARI IAITU MAKAN NASI PADA WAKTU TENGAHARI..SO PAGI DAN PETANG AKU CUMA MAKAN SOMTING YG RINGAN MACAM BISKUT / ROTI JE + segelas milo / nestum/ nescafe 3 in 1
ß GIGIH DIET NIH! ~SAY NO TO NASI LEMAK FOR MY BREAKFAST~

RESULT = BELOM MENDATANGKAN HASIL SEBAB BERAT XTURUN-TURUN LAGI NIH!!


 

info from = majalah rapi yg membuat ku sentiasa beringat ketika makan…kreadit for rapi!

Sunday, June 12, 2011

Rahsia Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya







 

Ditulis oleh Ustaz Zahazan (UIA)

Saturday, June 11, 2011

SPAGHETTI RIEN


Knp nme nye Spaghetti Rien??hahah sebab aku yg buat..sbb tuh la buh name aku..!hahaha =)

Hari ni aku nk tunjuk kan cara-cara membuat spaghetti yg simple n cepat yg penting sedap ß perasan!!


 

Bahan-bahan :

  • Spaghetti ß kalau xde bende ni xjadi la spaghetti rien ni..kehkehkeh
  • Sos spaghetti ß bli yg mura suda..aku bli brand Kimball..kalau nk lg sedap bli prego..tp kne tgk betul2..macam2 kita dengar pasal prego ni kn…
  • 1 biji Tomato dipotong dadu ß kalau nk lg masam buh la lebih..bg aku sebijik ni da ckup
  • ½ ulas Bawang besar dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • ½ paket Daging cincang ß kalau nk kuah pekat boleh buh byk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menumis

 


 

Cara-cara membuat:

  1. Rebus spaghetti sehingga masak dan toskan. masukkan sedikit minyak masak dan garam.ß cmne nk tau die masak??ala…..agak2 lembut tu da masak la tuh.
  2. Sementara spaghetti masak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Apabila dah naik bau…masukkan tomato yg dipotong dadu tadi.
  4. Masukkan juga daging cincang. Tunggu sehingga daging separuh masak. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. ß masak ape pn aku suka buh gula..hahahah mcm mak aku gak =)
  5. Setelah itu masukkan sos spaghetti dan tunggu sehingga mendidih.
  6. Tak perlu tambah air yg banyak kerana daging cincang td pon dah mengeluarkan air.
  7. Sedia untuk dihidang!!

 

**hidangan untuk 3 / 4 orang


 



*cadangan hidangan <-- hidangan aku tengahari td sebenarnya..hekhekhek  =)


SELAMAT MENCUBA!!

 

shawl


Haloo people out there! En3 kali ni aku nk share ngn korg style aku pakai shawl bila ke opis..bagi aku style ni simple n nice n senang nk applied..bukan ape…yela..bg someone yg bekerja mcm aku ni..mmg senang wearing something simple tuk buat kerja2 opis nti..al-maklumla..kerja macam aku ni bkn nye setakat duk ngadap depan pc jek…ade mase nye nye kne naik ngadap boss..opis bos plak bkn nye sbelah opis kami…kne pulak naik tangga nk g ngadap..secara xlangsung..ni adalah exercise aku mase bekerja..ade mase kene buat kerja2 PAP(pembantu am pejabat)..al-maklumla..PAP tempat kitorg ni very da malas rajin buat kerja..so kalau kami xrela hati g nganto-photocopy-highlight-sape yg nk buat semua tuh?harap PAP berjaman la baru memo2 aku sampai!

 
Ok~ok~ok berbalik pada cerita shawl td..bagi mereka2 yg xbiasa pakai shawl ni..kompom la akn rasa tercekik la~terbelit-belit la~tersimpul la~same la mcm aku dlu…wadduuuuhhhh payah amat oooooo……!!makan masa berejam wooo nk pakai shawl ni…tu xkira herot merot nya lg! tarik sini, senget blah sane.tarik sane, herot blah sini…huh!! (-.-!)..n yg sakit ati nye bila g opis tgk punch kad aku MERAH..!!waaa tensen gak mase tuh!

 
Tp tu dulu…sekarang ni senang jek nk pakai..!! < - - - dengan nada berlagaknya..hahahahha =) BAIKLAAHHHH aku tunjukkan pict aku wearing this simple style :

 

 I'm wearing a anak tudung syiria + shawl putih mulus tuk dipadan kn dengan baju batik koporat fakulti aku.

How to applied?
  1. Pakai anak tudung macam biasa
  2. Kenakan shawl di atas kepala, pastikan sebelah panjang & sebelah lg pendek
  3. Pinkan di bawah dagu. Tarik bahagian pendek & boleh pin kn kebahu.
  4. Bawa pula bahagian yg panjang ke atas kepala dan pin kn dibahagian berhampiran telinga seperti gambar di atas.
  5. Kemaskan bahagian dada & pin kn bahagian bahu supaya lebih kemas.

     **jumlah pin yg digunakan = 4 biji

 

 
  I'm wearing a black anak tudung ber'owning + shawl ala-ala pashmini yg nipis
  
How to applied ?
  1. Pakai anak tudung macam biasa
  2. Kenakan shawl di atas kepala, pastikan sebelah panjang & sebelah lg pendek
  3. Pinkan hujung shawl yg pendek di bahagian berhampiran telinga & bawa bahagian yg panjang ke atas kepala & pinkan bersama hujung shawl yg pendek.
  4. Ambil semula bahagian lebihan yg panjang & bawa ke atas kepala sekali lg & biarkan sedikit lengkungan di bahagian leher (membentuk ala2 tudung siti).
  5. Kemaskan bahagian dada & pin kn bahagian bahu supaya lebih kemas.
**jumlah pin yg digunakan = 3 biji

 


I'm wearing a black shawl

  
How to applied? 
  1. Pakai anak tudung macam biasa.
  2. Kenakan shawl di atas kepala, pastikan sebelah panjang & sebelah lg pendek
  3. Pinkan di bawah dagu. Tarik bahagian pendek & boleh pin kn kebahu.
  4. Bawa pula bahagian yg panjang ke atas kepala dan pin kn dibahagian berhampiran telinga seperti gambar di atas.
  5. Kemaskan bahagian dada & pin kn bahagian bahu supaya lebih kemas.

     **jumlah pin yg digunakan = 4 biji



    Yang ni berangan jek..xde makne nye aku nk g opis pakai ribbon beso godang cmtu..hahahaha

 
Yg ni pon same..sebab shawl ni agak panas~pashmini jenis sederhana tebal~verangan je lebih

 

 
  I'm wearing a purple anak tudung + shawl jenis kain net

  
How to applied ?
  1. Pakai anak tudung macam biasa. 
  2. Kenakan shawl di atas kepala, pastikan sebelah panjang & sebelah lg pendek
  3. Pinkan di bawah dagu. Tarik bahagian pendek & boleh pin kn kebahu.
  4. Bawa pula bahagian yg panjang ke atas kepala dan pin kn dibahagian berhampiran telinga seperti gambar di atas. (biarkan sedikit lengkungan dibahagian leher
  5. Kemaskan bahagian dada & pin kn bahagian bahu supaya lebih kemas.
**jumlah pin yg digunakan = 4 biji

 
  i'm wearing a cokolat shawl - utk ke pasar n outing (kalau malas nk belit2) ~ ala-ala mak datin x??haha abaikan mata aku yg sedikit juling tu k!

 



shawl yg dh jadi tudung

How to applied?
  1. Pakai anak tudung untuk keselesaan
  2. Bentukkan hujung shaw menjadi segi tiga & kenakan di atas kepala.
  3. Pinkan di bawah dagu.
  4. Bawa bahagian shawl yg panjang ke atas kepala dan pin kn bersama dibawah dagu.
  5. kemaskan bahagian dada dan pin kan ke bahu.
          **jumlah pin yg digunakan = 3 biji

i'm wearing pink anak tunung jenis cotton yg dh di tetas bahagian belakang utk mendapatkan muncung di bahagian hadapan anak tudung + pink shawl

How to applied?
  1. Pakai anak tudung macam biasa. 
  2. Kenakan shawl di atas kepala, pastikan sebelah panjang & sebelah lg pendek
  3. Pinkan di bawah dagu. Tarik bahagian pendek & boleh pin kn kebahu.
  4. Bawa pula bahagian yg panjang ke atas kepala dan pin kn bersama di bawah dagu dan selitkan lebihan kebahagian dalam..
  5. Kemaskan bahagian dada & pin kn bahagian bahu supaya lebih kemas.

     **jumlah pin yg digunakan = 4 biji
opss..ni bkn shawl ye.ni tudung..hehe =)



opss ni pn same..sila abaikan bibir ku yg agak terjuihh!ops!



yg ni tudung syiria..iklan jek hehe


oklah...tu jela info yg nk dikongsikan hari nih...!! chooww~~

Friday, June 10, 2011

1st try updated blog from Microsoft Word 7

Memandangkan ni adalah my 1st try meng'updated blog from micr word ni…so nothing to say..nothing pict to publish..no emotion to describe..n no no no so on….!


 


 


 

Keep smile =)~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ma ♥~

ma ♥~
♥ my family!