***receiving message***
"ko tau ke fatah ict ninggal?laki aku bgtau"
FROM : my opismate
DATE : 14.05.2011
TIME : 11.57 am
Tersentap aku tatkala membaca mesej dari opismate aku nih..antara percaya ataupun tidak..Terus aku hubungi si penyampai berita. Aku masih boleh tergelak² lagi, yela sememangnya aku langsung tak percaya dengan berita yg mengejutkan nih..'org lain kot', detik hati aku. Macam² yg aku tanya opismate aku :
* fatah a.k.a dagu panjang a.k.a john dagu ke?
*excident kt mana?
*kereta ape?honda dolphin:
*dia dengan sapa?
*bila?
*teruk ke? - - - -dll
Last² kami memutuskan akan menunggu hari isnin a.k.a hari ini la (16 mei 2011). Kalau betul berita yang kami dengar, pasti ada emel dari pihak Bahagian Perancangan Korporat Dan Antarabangsa (BPKA). Ini adalah pihak yg bertanggungjawab memaklumkan sekiranya terdapat kakitangan UPSI yg kematian sanak saudara ataupun kakitangan itu sendiri.
Aku mula tak sedap hati, apa aku buat serba tak kena..Lantas aku on FB dan terus ke page beliau..Ramai yg post di wall beliau, satu persatu post aku baca..BENAR!! YA ALLAH..dia da meninggal...innalillahhh...ucapan takziah aku ungkapkan kepada bakal tunang arwah dan juga keluarga arwah. Dan semoga kakak dan anak buah arwah yang sama-sama terlibat dalam kemalangan tersebut cepat sembuh. ~AL-FATIHAH~
Daripada cerita yang aku dengar, arwah yg memandu Honda Dolphin (WDA 94) meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah dikepala manakala kakaknya koma (telah sedar ketika blog ini dipublish) dan anak lelaki kakaknya patah kaki.Manakala dengan kuasa Tuhan anak buahnya yg berusia 3 bln hanya cedera ringan walaupon tercampak keluar dari kereta. Arwah dipercayai gagal mengawal kenderaan setelah tayar keretanya pecah mengakibatkan keretanya terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh divider.klik link di bawah untuk berita lengkap :
*sumber drpd : harian metro
*sumber drpd : berita harian
*sumber drpd : kosmo!
Sebenarnya aku mula kenal arwah bila kami sama² berkursus WAJIB untuk pengesahan jawatan kami di UPSI kira-kira 3 tahun yg lalu. Dua tiga kali jugala kami berkursus bersama-sama. Seperti rakan² UPSI yg lain, kami bertukar² emel. Dan terus add YM masing². Dari situ jugak la kami banyak menghabiskan masa dengan chatting. Tiap² pagi pasti arwah akan menyapa diruangan chatting. Seronok berbual dengan arwah..arwah memang baik, hepi go-lucky, suka bergurau, menyakat org nombor 1!! Kawan² yg kenal dgn arwah memang senang dengannya..senyuman selalu dibibirnya. Bukan setakat berborak kosong, arwah rajin men'transfer' lagu² yg dia layan. Banyak..tapi masa tuh komputer aku takde speaker...so xsempat la aku nk dengar lagu² yg arwah bagi. Cuma 1 lagu yg aku transfer masuk dlm hp dan aku sgt layan lagu ni sampai sekarang.
Kami tidak pernah merahsiakan status kami. Arwah tau yg aku da berpunya (blom tunang lagi mase tu) dan aku pon tau yg die baru putus kapel. Memang fun chatting dengan arwah. Tp lama kelamaan kami mengurangkan aktiviti berchatting kami kerana kekangan kerja. Makin lama makin arwah menghilang. Rupa-rupanya arwah dah ada awex baru. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan arwah.
Kadang² bila kami terserempak (UPSI ni bukan la besar mana pon) arwah suka sakat aku. Arwah suka kata aku gemok, muka dh bulat, tembam..hhhaha memang pon..makin lama duk UPSI ni makin membulat badan aku..aku cuma kata "membesar bagai johan!" hahaha aku pon apelagi..kutuk dia jugak la..."eh ngata org plak...die tu lg..BONCIT!" hahah kami gelak jek..Sampai hari ini...setelah tiga hari pemergian arwah..aku sering teringatkan gurauannya. :(
Teringat pulak ketika kami sama² menghadiri kursus BIROTATANEGARA (BTN) di KEM KAKI BUKIT, PERLIS. Kami melalui Gua Kelam untuk sampai ke kem. < - - - lokasi filem JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK tuh....!! Masa kursus kat sini sgt la padat jadualnya yg membosankan dan memenatkan - kursus kenegaraan - paham² jela skemanya. Kami buat hal masing². Sampai masa nak balik, setelah 5 hari (kalau tak silap) kami berkampung di perlis, kami pun dibenarkan pulang dan menunggu keputusan kursus samada LULUS @ GAGAL. Dalam perjalanan balik,nak dijadikan cerita bas yg sepatutnya mengangkut kami balik ke UPSI parking agak jauh dr kem..bukan agak...memang jauh le.....Sekoyong-koyong tubuh aku yg kurus (ketika itu la) ni mengangkut beg baju aku yg sangat la berat..entah ape la gamaknye yg aku isi..hahah nasib baik lah arwah datang menolong.Berpeloh-peloh arwah mengangkut beg aku..jauh tu..dalam 2 km jugak la...kesian aku pada arwah,sempat lg kami ambil gambar dlm GUA KELAM tuh..tp xsempat aku nk mintak dr die.
AHH SUDAHLA TUH...sama-samalah kita sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah ABDUL FATAH ABDUL LATIF. Semoga rohnya dicucuri rahmat, tenang menghadap ilahi dan ditempatkan dikalangan orang² yg beriman. Kami disini pasti merindui gelak tawamu..Buat bakal tunang arwah,sabarlah,bertabahlah dan redha dgn ketentuan ilahi ini. Aaku nampak ko seorang yg tenang menghadapi ujian ini. Tapi dalam hati tu hanya ko n Tuhan je yg tau seksanya kn...sentiasa mendoakan arwah ye DINA..
Dan terakhir kalinya.. ni la gambo emel dari pihak BPKA yg aku sebut seawal cerita tadi.
TERKINI!! PAKEJ KAHWIN TERMASUK DEWAN DI 20 VENUE!!
-
Pihak kami ketika ini telah berkoloborasi dengan hampir 20 pengusaha dewan
perkahwinan antaranya Magica, Forest Valley dan banyak lagi. InsyaAllah
kami ...
4 months ago






