hey guys!! EN3 kali ni I nak share ngn uollss pasal 15 mitos diet n cara aku berdiet ß kononnya..hahahaha
k guys enjoy! Sama-samalah kita GIGIH berdiet!
MITOS 1 = COKLAT MENGGEMUKKAN?
FAKTA = BERGANTUNG PADA JUMLAH YG KORG AMBIK
- Kalau anda makan coklat dlm jumlah yg sedikit, ia dapat memberi tenaga disamping menenangkan.
- Coklat tak mengandungi lemak yg tinggi terutamanya coklat hitam yg mengandungi gula rendah dan kaya antioksidan.
- Masalah akan timbul sekiranya anda makan coklat secara berlebihan ditemani kekacang.
RESULT = BEBAS DARI KEGEMUKAN AKIBAT COKLAT
MITOS 2 = MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
FAKTA = BETUL
- Badan kita memerlukan air yg cukup. Air putih adalah pilihan terbaik dan apabila anda melakukan aktiviti fizikal sebaiknya minum lebih drpd 8 gelas air.
RESULT = KURANG AYOR DLM BADAN + JARANG MEMBUANG YG BESAR-BESAR..HAHA SUNGGUH TIDAK SIHAT!BANYAK TOKSIN DLM BADAN AKU NIH
MITOS 3 = KAFEIN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN
FAKTA = BETUL ß JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN
- Menurut Pengarah BITE NUTRITION, TANYA WIGG kafein yg terdapat didalam kopi atau teh memberi manfaat kepada tubuh dan jiwa.
- Masalahnya, jika anda terlalu ketagih kafein dan mengambil dalam jumlah yg banyak, ia memperlahankan fungsi jantung.
RESULT = PENGAMBILAN KAFEIN DLM KEHIDUPAN SEHARIAN AKU AGAK TERKAWAL.
MITOS 4 = LEMAK DAGING MERAH LEBIH TINGGI DRPD AYAM
FAKTA = BETUL
- Hanya drpd lemaknya sahaja. Namun anda patut elakkan bahagian kulit kerana kandungan lemaknya lebih tinggi.
RESULT = SANGAT TIDAK BERJAYA..BER+ LA LEMAK AKU =)
MITOS 5 = TELUR TAK BAIK UNTUK KESIHATAN
FAKTA = TELUR ADALAH KANDUNGAN PROTEIN YG SEMPURNA
- Kuning telur mengandungi vitamin A yg tinggi. Bagi anda yg mengalami Masalah kolestrol tinggi, elakkan daripada mengambil kuning telur tetapi masih boleh mengambil putih telur. Ini kerana putih telur mengandungi albumin yg baik untuk ketahanan badan.
RESULT = AKU PN XTAU LA KANDUNGAN KOLE AKU SEKARANG NI TAHAP MANE..SO AKU MAKAN JEK TELUR SELAGI BOLEH TELAN..BERJAYA LA KOT..=)
MITOS 6 = PRODUK SUSU BUAT ANDA GEMUK
FAKTA = BUKAN SELALU
- Tubuh anda tetap memerlukan kalsium yg terdapat banyak dalam produk susu. Walau bagaimanapun, anda harus bijak memilih produk susu yg rendah lemak, rendah gula dan bebas drpd bahan pengawet.
RESULT = SEMESTINYA BADAN AKU KURANG KALSIUM…TULANG RAPUH NIH…! ANLENE PLEZZZZ~~
MITOS 7 = KANDUNGAN NUTRISI JUS BUAH = BUAH SEGAR
FAKTA = YA!! TAPI………
- Agar nutrisi jus buah benar-benar terjaga, pastikan jus buah diperbuat drpd buah segar tanpa ditambah bahan perisa lain dan perlu diminum segera agar kandungan vitamin tidak berkurangan. Begitu juga dengan buah segar, terus dimakan selepas dikupas dan dipotong
RESULT = HAMPIR BERJAYA KALAU AKU RAJIN MEMBELI..!
MITOS 8 = MAKAN SELEPAS 8 MALAM TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN
FAKTA = TIDAK BERGANTUNG PADA WAKTU
- Menurut ahli nutrisi, lebihan kalori yg dimakan tanpa mengira waktu boleh menghasilkan lemak dalam badan. Jadi sebelum makan kudapan pada jam 10 malam, cuba ingat kembali berapa banyak jumlah kalori yg masuk sejak anda makan pagi tadi.
RESULT = BERJAYA LA KOT..
MITOS 9 = KEREPEK KENTANG LEBIH BAIK DRPD BISKUT
FAKTA = MUNGKIN LEBIH ENAK RASANYA
- Menurut TANYA WIGG, biskut yg dilapisi coklat juga lebih baik drpd kerepek kentang kerana biskut lebih mengenyangkan, banyak serat dan rendah lemak.
RESULT = MULAKAN PAGI ANDA DENGAN BISKUT + SECAWAN MILO/NESTUM/NESCAFE 3 IN 1 = ALHAMDULLILAHH KENYANG N SEHAT!
MITOS 10 = DAPAT PROTEIN YG CUKUP DENGAN MAKAN DAGING
FAKTA = PROTEIN BOLEH DIPEROLEHI DRPD PELBAGAI SUMBER
- Menurut pakar nutrisi, jika anda tidak makan daging, masukkan satu atau dua makanan yg berasaskan sumber protein seperti susu, telur, ikan atau kekacang.
RESULT = SUNGGUH BERJAYA =)
MITOS 11 = BUAH OREN ADALAH SUMBER VITAMIN C YG TERBAIK
FAKTA = BANYAK SUMBER VITAMIN C YG LAIN SELAIN BUAH OREN
- Semua buah yg berwarna mempunyai kadar vitamin C yg tinggi dan dapat mengelakkan penyakit. Adanya vitamin C dalam buah-buahan dengan adanya rasa masam. Contoh = jambu merah, strawberi dan blueberry.
RESULT = XDE IMPAK BAGI AKU PN…!
MITOS 12 = KADAR GULA JUS BUAH LEBIH RENDAH DRPD SODA
FAKTA = BETUL! ß JIKA JUS BUAH TANPA PEMANIS
- Jus buah menjadi pilihan yg menyihatkan jika tidak dicampur dengan sirap atau pemanis lain. Berbanding dengan minuman soda yg lebih manis kerana kadar gula sudah ditambah mengikut selera masing-masing.
RESULT = MUNGKIN BERJAYA..!
MITOS 13 = MAKAN GULA BANYAK BOLEH DIABETES
FAKTA = KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
- Pengambilan gula cukup tinggi dikalangan kita, ditambah dengan kurangnya aktiviti fizikal langsung tidak akan membantu. Untuk itu, perhatikan pengambilan makanan yg boleh menjurus kepada pembentukan gula dalam badan.
RESULT = INSYALLAH BERJAYA…DALAM PROSES LG NIH..
MITOS 14 = MELEWATKAN WAKTU MAKAN ADALAH STRATEGI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
FAKTA = MERBAHAYA!!
- Diet yg betul adalah kuantiti, variasi makanan dan waktu yg tepat. Melewatkan waktu makan boleh membahayakan kesihatan dan menjurus kepada diet yoyo iaitu berat badan turun secara drastic dan cepat naik. Cara mudah adalah minum segelas air sebelum makan dan mulakan dengan buah-buah atau sayuran untuk mengelakkan anda makan terlalu banyak.
result = kurang berjaya la babe!
MITOS 15 = ELAKKAN KARBOHIDRAT BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
FAKTA = TETAP DIPERLUKAN SEBANGAI SUMBER TENAGA UTAMA
- Jumlah karbohidrat yg dianjurkan dalam sehari ialah 60%-70% dari menu makanan. Jangan diambil secara berlebihan, contohnya makan nasi bersama mee. Selain itu, karbohidrat kompleks seperti roti, gandum, beras merah dan oatmeal juga boleh dijadikan pilihan terbaik.
ß GIGIH DIET NIH! ~SAY NO TO NASI LEMAK FOR MY BREAKFAST~
RESULT = BELOM MENDATANGKAN HASIL SEBAB BERAT XTURUN-TURUN LAGI NIH!!
info from = majalah rapi yg membuat ku sentiasa beringat ketika makan…kreadit for rapi!























2 comments:
wei..berjaya ke untuk ko????x payah ko mmg dh kurus pon..nak kurus mane lagi kot...
bukan nk kurus SAHAJA yunk...untuk sehat JUGAK! ahakkszz kolestrol suda banyak nih! jgn ingat ko kurus ko xde kolestrol tau!
Post a Comment